Hari ini latihan sukan lagi. Hari ini banyak tumpu kepada pemilihan untuk acara pecut 100m, lari berganti-ganti 4x100m dan lompat jauh.
Selesai semua acara tur...aku dan cikgu Yie training bebudak rumah aku acara : bawa bola ping pong dalam sudu, junjung pundi kacang dan golek bola dengan gelung rotan. Hari ni sempat buat 5 acara daripada 30 acara. Banyak lagi nak kena training.
Rumah Kuning dah ada slogan : Rumah Kuning "Bor", Rumah Kuning Handal, Rumah Kuning Boleh...Hehehehe...Alamak !!! Rumah Biru ajer belum lagi. Takkan nak guna tagline last year time aku Rumah Hijau...Emr...korang berilah idea...
p/s : Esok hari terakhir sesi persekolahan untuk penggal pertama 2007. Untuk esok hanya empat sahaja cikgu yang "setia". Cikgu Saril, Cikgu Omad, Cikgu Yie dan Cikgu Romy. Yang lain tur dah "blah". Masing-masing kena "Qada" solat Jumaat. Sebab last week diorang punyer turn jaga scol. Ada juga yang ada urusan. Tapinya..mesti ada tapi...!!! Kenapa tak uruskan sahaja cuti nanti. Bukan ker cuti 2 minggu ??? Tak ke pelik ??? Sabtu ini bermulanya cuti. Cuti 2 minggu lamanya. 26 Mei 2007 hingga 10 Jun 2007. Mana yang tahu nombor telephone aku...apa lagi...SMS la aku...hehehehe...dan entry untuk post esok tak tahu lagi apa citernya...Sebelum tur aku nak pinjam tagline Cikgu Sidi sikit. Beria-ria sangat suruh masukkan dalam blog aku ni... "HADAPI KESUSAHAN INI DENGAN SENYUMAN"
1 ulasan:
Selamat bercuti & berehat......Bila nak datang Kuala Lumpur? Boleh aku jumpe ko & jalan-jalan cari makan.....
Catat Ulasan