Isnin, 14 Mei 2007

KELAS PEMULIHAN BERMULA

Hari ini hari yang paling busy aku rasakan...hari ini sekolah menerima seorang lagi "ahli keluarga" baru. Guru Pemulihan Khas iaitu Cikgu Romy. "Welcome back Mr. Romy !!!". Kenapa aku ucapkan selamat datang kembali? Sebenarnya Cikgu Romy ni pernah bertugas di sekolah ini sebagai GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) pada tahun 2004. Aku dah buat catatan mengenai ini pada minggu lepas.

Pagi-pagi kami adakan assembly. Biasalah...hari Isnin...macam kita sekolah-sekolah dulu...time perhimpunan ni ler...macam-macam yang cikgu-cikgu kita "bebelkan"...tapi aku kini sedar, kenapa mereka dulu "membebel" tiap kali perhimpunan...semuanya untuk kita jugakkan...lihatlah hari ini kerana "bebel" kita jadi orang yang berguna...Selepas assembly, aku memberikan taklimat serba ringkas kepada cikgu baru...mengenai perjalanan sekolah dan kelas pemulihan yang akan diwujudkan...alhamdullilah, sekian lama kami mendapat seorang guru khas bagi mengajar pemulihan...sebenarnya kami ada Cikgu Marop...dia juga lulusan KDPM Matematik/Pemulihan Khas...tapi kerana kekurangan guru...terpaksa pihak sekolah libatkan dia dengan kelas akademik biasa...Setelah taklimat, aku membawa Cikgu Romy ke kelas pemulihan...selepas kelas BM Tahun 3, aku bersamanya bincangkan pulak Jadual Waktu Kelas Pemulihan...semuanya 1110 minit seminggu...wow !!! banyak tur...aku hanya 840 waktu...tapi dah pekeliling macam tur...terpaksalah ikut...


Selepas rehat kejap dan breakfast jam 11.30 pagi, aku memasukkan data kelas untuk jadual waktu kelas pemulihan...tengok, pack jugak...sabor jer ler ek...Jam 1 tengahari, baru aku siap semuanya dan dah pun serahkan jadual tersebut kepada cikgu pemulihan...kemudian, aku terus balik ke rumah untuk siap-siap bagi kelas SBT...Setiap Isnin, subjeknya Sains bermula jam 2 petang. Esok pula Bahasa Melayu. Habis kelas tuisyen, aku kembali ke staffroom nak siapkan senarai nama murid kelas pemulihan...semuanya 21 orang dari Tahun 2 hingga 6.
Sambil-sambil menyiapkan kerja, aku try bukak YM aku...aduss...kejap-kejap "mampos"...kejap-kejap "idop"...last-last aku install yang baru...tak tahu ler aper problemnyer...tapi sampai sekarang (time buat blog ni) masih tak leh nak install...aiyoor....Hari esok...harap-harap takder ler sebusy macam ni...Hari ini juga hujan lebat bangat !!! Sejuk sikit senja begini...syukur alhamdullilah...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Askum.....saya pun seorang guru pemulihan dari Sarawak....namun first posting saya, saya di hantar di perak, kini saya sedang berkhidmat di perak dan mengajar murid-murid asli yang entah samapi bila boleh di pulihkan. bila terbaca kisah dan nasib cikgu, saya rasa kita senasib. Tapi apa yang ingin saya nasihatkan ajarlah mereka hingga tahu kerana mereka anugerah yang tak ternilai dalam dunia ini walau pun agak lambat.

SKM cemerlang bidor

Tanpa Nama berkata...

Askum.....saya pun seorang guru pemulihan dari Sarawak....namun first posting saya, saya di hantar di perak, kini saya sedang berkhidmat di perak dan mengajar murid-murid asli yang entah samapi bila boleh di pulihkan. bila terbaca kisah dan nasib cikgu, saya rasa kita senasib. Tapi apa yang ingin saya nasihatkan ajarlah mereka hingga tahu kerana mereka anugerah yang tak ternilai dalam dunia ini walau pun agak lambat.

SKM cemerlang bidor