Rabu, 2 Mei 2007

IKAN TENGAS

Cerita hari ini mengenai sejenis ikan yang banyak terdapat di "daerah terasing" ini...Ikan Tengas...Mungkin sesetengah kita yang berasal dari "kota batu", pelik mendengar namanya...tetapi apabila menikmati sebagai "santapan" untuk lunch...fuhh !!! pasti minta nasi tambah...nak-nak lagi kalau dimasak gulai lemak kuning...ah !!! rindu pulak masakan mak di kampung...
Jom kita tengok pic ikan tengas yang telah berjaya "ditawan" oleh students aku iaitu Jisam, Jonson, Bah Sam dan Wahab...bebudak ni memang terer bab macam ni...aku ni pun tak mampu nak buat macam mereka...dengan hanya berbekalkan "senapang panah ikan" yang direka oleh mereka sendiri dan "google" untuk menyelam...
Ikan Tengas (Neolissochilus hexagonolepis, dulu Acrossocheilus hexagonolepsis) adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya. Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi.
Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar. Sekian sahaja "pelajaran" hari ini...hehehehe...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm pernah tgk ikan ni..tapi pnggil lain rasanya.... aie

shahril aley berkata...

eh itu bukan ikan lampam ke. actually aku pun tak sure sangat. ko ngajar kat skolah daerah mana? macam best je ngajar kat pedalaman banyak adventures dari entertainment.am i right?

Irwan berkata...

best nya air sungai tu.......... boleh mandi ke kat situ?

~SyaFini Rosli~ berkata...

aie...kalau ikan lampam, dia lebar sket. Dulu ayah Fini rajin juga ... ikan sungai ni. Tapi sekarang, mancing di kolam je la. Setahun sekali pula pi Taman Negara. Fini paling suka makan ikan kelah kukus. Erm, sedapnya.

Tanpa Nama berkata...

kalau orang sarawak ikan ini masih kecil di panggil tengas tapi apabila beratnya melebihi 1 kg ianya dipanggil 'semah'rasanya memang best

Tanpa Nama berkata...

layari http://tengasteam.multiply.com untuk aktiviti extreme team Tengaz