Ingat tak semalam aku janji nak cerita tentang “cikgu baru”…Okey, sebenarnya “cikgu baru” ini adalah bekas GSTT (guru sandaran tidak terlatih) yang mula sama-sama mengajar dengan aku tahun 2004…Cikgu Romy. Antara ramai-ramai bekas guru GSTT yang sama dengan aku tahun 2004 dulu…Cikgu Romy yang paling rapat dengan aku selain Cikgu Kudin (kini bekerja sendiri)…sebenarnya, tahun pertama iaitu 2004 aku mengajar di sini, “kekuatan” sekolah ini hanyalah pada 3 orang guru tetap termasuk My GB, Cikgu Saril dan Cikgu Yie…serta dibantu oleh 6 orang guru GSTT iaitu Cikgu Kudin, Cikgu Amer, Cikgu Noor, Cikgu Lee dan Cikgu Izal. Rezeki mereka bersama-sama di “daerah terasing” berakhir Disember 2004…Tahun 2005…semuanya dimasukkan guru-guru lepasan maktab perguruan iaitu Cikgu Wan, Cikgu Omad, Cikgu Sidi, Cikgu Marop, Cikgu Pitri dan Cikgu Hemi…manakala Cikgu Pra mulakan tugas bagi kelas Praskolah tahun 2006 dan Cikgu Limi tahun 2007.
Okey berbalik semula cerita pasal “cikgu baru”…dia ni last aku jumpa masa aku balik dari Kursus Biro Tata Negara (BTN) pada Mac yang lalu…aku singgah kat kampung dia...bila ada masa aku call atau sms…bila time raya dia ada bertandang rumah mak aku…dia ni dah kira macam anak mak aku…rapat sangat dengan My Mom…dan aku kalau ada masa pergi jugak menjengok familynya di Pulau Tawar…Cikgu Romy ni duduk sama Pak Long dan Mak Ngah…aku pun boleh kira rapat gak dengan Pak Long dan Mak Ngah…
Cikgu baru ini ditugaskan untuk mengajar Kelas Pemulihan 3M…kebetulan, dalam meeting Kurikulum ke-2 yang lalu…kami ada bincangkan mengenai kelas pemulihan dan telah pun wujudkan biliknya…aku dah cerita dalam catatan lepas (10 April 2007)…mulanya Cikgu Pra yang mengajar selepas habis kelas Prasekolahnya…sekarang dah ada cikgu khas…syukur alhamdulilah…maknanya next week aku dan "Jawatankuasa Kurikulum" kena buat pemilihan semula students untuk ditempatkan di kelas Cikgu Romy ni…Tugas Cikgu Romy sepatutnya bermula pada 02 Mei yang lalu…tapi disebabkan hal-hal mengenai urusan medical check-up, angkat sumpah dan lambat surat panggilan, nampaknya minggu satu lagi ler dia lapor diri ke sekolah…aku sekali lagi ditugaskan oleh My GB untuk menerima cikgu baru…(macam yang sudah-sudah)…
Satu lagi cerita…PPM bagi Prasekolah iaitu pembantu kepada Cikgu Pra, Abe_Din, dah dapat tukar…al-maklum ler… “kabel bawah tanah” besar…nampaknya satu lagi kekosongan jawatan…kesian Cikgu Pra…lepas sorang-sorang PPM tarik diri dan minta tukar…aiyoor..yoor…
P/S : acu...cuba...try...test... teka yang mana satu cikgu baru. Pic ni time Aidilfitri 2006
1 ulasan:
hahaha....aku la org pertama post komen kat sini.....
hidup cikgu shahril@aril@putra!!!!
Catat Ulasan