Selesai “memendekkan” rambut, aku ke kedai “mamak” beli paper dan majalah Maskulin dan Laman Impiana…tiap-tiap bulan mesti aku cari majalah-majalah ni termasuk Anjung Seri dan Impiana…kemudian aku pergi ke “Dynabytes Computer” beli “webcam”…harga asal RM 68.00…aku tanya amoi tur…ada “offer” tak? Dia boleh kasi RM 50.00…emr…aku pun apa lagi “sambar” ajer ler…TQ…Grace…”you memang baik hati lor…”
Aku kembali semula ke Pejabat Tanah…beberapa kali “En. Guard” kena turun naik palang besi depan pagar tur…kesian la pulak…aku dah lalu ajer 4 kali (pergi-balik)…4 kali jugak ler dia angkat palang tur…nasib ada tadi…just “control” tali…tapi mesti jugak dia penat…TQ..”En. Guard”…aku sampai di Pejabat Tanah lebih kurang 11.10 pagi…terus ke kaunter…nasib baik tak ramai macam mula-mula aku sampai tadi…time “blackout” tur aku tengok ramai yang tunggu di luar pejabat…ada gak dekat 20 orang…aku bayar bill tanah tur…En. Sahrulz yang “melayan” aku…sampai dia lupa nak pulangkan duit lebih aku…aku bagi RM303.00…aiyoor…apa2 pun setelah dia mintak maaf dan pulangkan duit lebih…aku pun “chow” terus ke kampung…TQ En. Sahrulz…nasib aku ni baik…tak “naik angin”…so, aku paham ler…dia pun kerja “gomen” macam aku gak…so…”gomen” sama “gomen” paham masalah…mungkin masalah ajer berbeza dan jenis orang yang kita jumpa….
Petang ini aku try install “webcam” cangih aku tur…tapi laptop aku lak tak dapat nak connect…malam kelmarin, time aku chat dengan Krill, aku dapat view webcam dia…tapi aku punya problem…malam aku try lagi…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan