Rabu, 18 April 2007

JKR DATANG

Kalau semalam aku mengalami tahap kebosanan tahap "super"...Alhamdulilah hari ini dipenuhi dengan aktiviti dan kejutan...Pagi-pagi lagi aku dah busy berurusan dengan My GB...kebetulan dia sampai petang semalam...aku berurusan mengenai duit untuk Kejohanan Sukan Tahunan 2007...dapat sedebuk RM2000.00...sepatutnya RM2500.00...My GB janji bakinya hujung bulan ini...Sukan dijadualkan pada hari lahir aku iaitu pada 09 Mei ini dan 10 Mei...hehehe...Duit tur aku dah serahkan kepada Setiausaha Sukan iaitu Cikgu Pra...

Jam 8.45 pagi, aku ada kelas pertama aku hari ini...Bahasa Melayu Tahun 3...tajuk baru hari ini..."Konsonan Berganding"...agak susah jugak bebudak ni dah dapat...tapi takper...hari ni cikgu bagi peluang...esok kita belajar lagi...sedang sibuk-sibuk Norsafina membaca di blackboard, MY GB masuk ke kelas aku...ingatkan saja...rupanya nak bagitahu suruh buat persiapan ada pelawat nak datang ke sekolah...JKR dan PD...emr...aku pun kata okey...jadi aku dah tahu ler tugas aku...biaser la aku kena sediakan "santapan" untuk pelawat...tapi nak makan apa??? biskut dah abis...nak tahu apa??? Jeng...jeng...tengok bawah ni...teka la...


Amacam boleh teka??? Hehehe...janji ikhlas...pekena pulak dengan Kopi yang Cikgu Pra bancuh...perrgghhh...terangkat !!! hehehehe...akhirnya tepat kul 1.00 tengahari, dua orang pelawat wakil dari JKR Lipis dan Pejabat Daerah tiba di "daerah terasing"...sampai jer mereka terus ukur kawasan untuk Projek Asrama Mini dan Jalan ke "Daerah Terasing"...lepas siap kerja ukur mengukur..."santapan" dah tersedia...apa lagi..."soruuu" la...En. Halim puji "jemput-jemput" yang aku masak...TQ...


Menurut penerangan En. Halim bahawa "Daerah Terasing" bakal menerima Asrama Mini bernilai RM 2 juta dan Jalan Asas ke "Daerah Terasing" bernilai RM 600K (RM 400K untuk jalan dan RM 200K untuk jambatan)...tender akan dikeluarkan...tapi jalan asas ini hanya 1/2 daripada 9.5 kilometer jalan ke "Daerah Terasing" ini...apabila dah siap jalan, barulah projek untuk "Asrama" dimulakan...maknanya jalan ke "Daerah Terasing" ini hanya separuh dan bukan sampai ke sekolah...Bak kata Cikgu Marof, "Bersyukurlah...dengan apa yang ada daripada tak ada langsung"...

Kemudian, aku minta diri untuk buat "santapan" warga Titom pula...pagi tadi dah melantak nasi goreng Cikgu Pitri dan "cengkodok" Cikgu Saril...tengahari ni Cikgu Marof masak nasi, Cikgu Pra masak ayam kunyit dan aku masak sup sayur...ini pun dah cukup hebat bagi orang bujang diperantauan...yang penting cukup gizi seimbang...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tulun² saye lapar.. haha...