Jumaat, 13 April 2007

JAMBATAN RUNTUH

Jambatan Jelai yang putus pada 3 Syawal 2006

Jumaat yang dingin disambut dengan cerita "menggemparkan" seluruh "Daerah Terasing" di sini...JAMBATAN RUNTUH...bukan SATU tapi TIGA...Tiga sekaligus...Bermula dengan cerita "Jambatan Jernang"...air besar dari hulu menuju ke "Jambatan Titom" terus melanda ke "Jambatan Sempar"...Hari ini dalam Sejarah...Sepanjang empat tahun aku berada di sini...jambatan runtuh kerana air besar bermula di hulu sungai berpunca dari hujan lebat berterusan sepanjang malam...adalah kejadian kali ketiga...
1. Jambatan Jernang (Penghujung Oktober 2004)
2. Jambatan Jelai (Awal November 2006 - 3 Syawal)
3. Jambatan Jernang-Titom-Sempar (13 April 2007)
Kehadiran murid ke sekolah turut terjejas...hanya 54 daripada 138 orang murid...hanya students dari Kampung Titom dan beberapa students dari Kampung Cincin dan Kampung Cheruwes saja yang datang...cikgu-cikgu pula terpaksa "bertapa" di "Daerah Terasing" ni...mana yang dah kawin tur keluar jalan kaki melalui denai dan meredah sungai (jambatan runtuh)...rindu anak bini...sampai "Simpang Lenjang-Titom"...pandai-pandai la korang...tumpang mana-mana motor orang kampung untuk lepas jalan balak sejauh 40km...kalau nak adventure lagi..."jalan kaki"...hehehehe...yang bujangan...stay jer...
TAHUN 1 : 10/25
TAHUN 2 : 8/19
TAHUN 3 : 9/16
TAHUN 4 : 9/25
TAHUN 5 : 7/12
TAHUN 6 : 9/16
PRASK : 2/25
Semuanya perlu dilaporkan dalam "Buku Laporan Guru Bertugas"...aku kan guru bertugas minggu ni...proses P&P hari ni juga seperti "tiada semangat"...

2 ulasan:

Irwan berkata...

kasihanya kamu aril... Haiyoo kat mana u duduk ni? Mati la i kalau di campak ke sana! Nangis siang malam! LOL

Unknown berkata...

putra745...dok daerah terasing di pedalaman negeri P ni ler...di daerah L...dah 4 tahun aku d sini...apply untuk transfer scol...masih belom tembusi JPN...alasannya amat kukuh "demi keperluan perkhidmatan" aiyoor...yooo...apa2 pun putra745 bersyukur...