Jam 12.45 sekolah berakhir…aku balik ke rumah guru dan bersiap-siap untuk balik ke kampung…hanya Cikgu Saril, Cikgu Yie, Cikgu Pra, Cikgu Pitri, Cikgu Emi dan Abe Din yang tinggal…Cikgu Wan, Cikgu Omad, Cikgu Sidi dan Cikgu Marop dah “chow” awal tadi sebab ada urusan di PPD dan hospital. Lepas solat Zuhur…kami memulakan perjalanan kami...Perjalanan kali ini agak lambat…sebab Cikgu Pitri buat penggambaran "jalan keluar masuk" untuk “Sidang Buletin Peringkat Kebangsaan”…aku dah citer dalam catatan semalam…Cikgu Pitri ditugaskan untuk menyiapkan bahan-bahan ini…Aku dan Cikgu Pra pun apa lagi…jadi “pelakon” ler…hehehe…Cikgu Yie, Cikgu Emi dan Abe Din pun jadi “pelakon segera”…Cikgu Pitri tangkap apa sahaja yang dia rasa “ok dan ko”, maksud aku jalan kami ni ler…
Sampai di “Simpang Lenjang-Titom, tayar motor Cikgu Pitri pancit pulak…emr…kami pun tolong ler tukarkan…aku tengok aje…hehehe…sebab dah ramai yang tolong…
Dalam menunggu tiub tayar motor Cikgu Pitri ditukar yang baru,tiba-tiba satu “kejutan” berlaku…Cikgu Arizal, Wife dan Danial muncul di persimpangan kami itu…dah hampir tiga tahun aku tak jumpa diorang…last jumpa time tur…Danial baru lahir…sekarang dah boleh berjalan…
Sebenarnya, Cikgu Arizal ni dah tak jadi cikgu…dulu pun di sekolah aku ni dia hanya GSTT (guru sementara)…tahun 2004 masa tur…tahun pertama posting aku...dia antara rakan sekerja pertama aku...Apa yang menariknya Cikgu Arizal ni ialah...sekarang dia bekerja sebagai Warden di bawah Jabatan Penjara Malaysia dan kini bertugas di Melaka…dia balik ke sini sebab…wife dia, Siti Aishah adalah anak PIBG sekolah kami, En. Ramli…Aku pun sempat ler “posing” dengan anak dia…tapi mata aku kuyu da…lucu tengok pic ni…
Lebih kurang jam 3.30 petang, kami meneruskan semula perjalanan kami…melalui jalan Lenjang-Betau…kami singgah sebentar di “Kedai Bek Sitoi” untuk membasahkan tekak dengan membeli air kotak dan makan "cekedis" sebagai "alas perut"…rehat tadi di sekolah, kami semua dah makan nasi goreng dan mihun goreng…lebih kurang 10 minit kami berehat di situ…kami meneruskan perjalanan kami semula…
Tak sampai 10 km perjalanan berlaku satu lagi “insiden”…CBT jatuh terbungkang atas jalan di bukit lepas Kampung Kenderung…aduss…berdarah lututnya…”bearing” motor pecah dan “rim” dia rosak…terpaksalah kami “drive” CBP1,CBP2, CBT, CBC, CBG dan ADN dengan hanya 40km/j…huhuhu…lambatnyer…tapi tak per la…janji sampai dengan selamat…Kesian Cikgu Pra…berkerut juga dahinya menahan kesakitan…
1 ulasan:
Assalamualaikum. saya da 2 tahun lebih berkhidmat sbg guru. ingat nak claim bisp. nak buat sendiri cepat skit. maklumlah... boelh tolong send format ke borang ke dokumen ape yg perlu?.. oktet79@hotmail.com
Catat Ulasan