Dua hari aku tak update apa-apa status di CDB mahupun di FB adalah masuk hari yang ke4. Kepenatan dan banyak perkara yang perlu diselesaikan, membataskan aku untuk dok hadap internet seperti mana rutin setiap hari aku sebelum ni. Ni pun baru jer dapat rehatkan badan selepas sehari suntuk di SMK Teluk Sentang sehingga jam 5.00 petang.
Perdagangan 1 : 8.00 - 9.15
Perdagangan 2 : 10.00 - 12.00
Pendidikan Seni Visual 2 (Seni Halus) : 2.00 - 5.00
Sejak dua tiga hari ni, aku sebenarnya mudah tersentuh. Ternyata peristiwa beberapa hari lalu membekas terlalu dalam diri aku. Aku cuma kuatkan diri aku. Teringatkan peristiwa tengahari itu aku jadi sebak dan airmata aku mudah mengalir. Ya Allah, sakitnya menanggung semua ini. Kuatkan aku, tabahkan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan