Hari ini aku masuk sorang. Semalam ada Taklimat Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) yang baru kepada semua PK Kurikulum Sekolah Rendah Daerah Lipis. Sekarang hujan, tak ingat... tiap-tiap petang sampai ke malam mesti hujan.

Lepas bangun pagi tadi, aku ke pasar beli ayam dan sayur sikit... penuh juga ler raga CBP aku. Kemudian pergi ke post office selesaikan bil-bil air, elektrik dan ASTRO kat rumah mak aku tu. Sekarang ni aku kena pergi bayar bil semua, biasa adik aku Sarul yang kena pergi bayar, aku just bagi "pitih"... sebab sekarang my brother tur sambung study kat Ipoh tajaan FELDA dalam "landskap" selama 6 bulan tu yang aku kena pergi settle...
Beres semuanya, aku kemas-kemas pulak beg...dapat lak sms dari Cikgu Fauziah mintak siapkan skrip... InsyaAllah akan cuba yang terbaik. Sesambil tur call "seseorang"... hehehe... "seseorang" ??? Siapa dia ??? Jeng...jeng...tunggu...
Lepas lunch dan salam dengan my mom, aku mulakan perjalanan. Hari ni sesorang jer masuk. Cikgu-cikgu lain dah masuk Ahad. Terpaksalah meredah walaupun risaunya hati ni Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya... Mendung dan sejuk sepanjang perjalanan...Alhamdullilah tak hujan...selamat...tapi yang tak selamatnya, jambatan.

Pic yang korang tengok ni sebenarnya pic last hujung tahun lepas... jambatan yang orang kampung baiki ni dah masuk kali ke-3 runtuh dihanyutkan air... kali ini senget sebelah... mengucap panjang dan tak putus aku baca bismillah seorang diri melepaskan "azab" lalu atas jambatan gantung... sengetnya dah sejak seminggu lepas tapi tak teruk seperti hari ni... nanti ada Nikon aku snap pic tur kalau sempat. Aku gagahkan juga sesorang diri.
Alhamdullilah, walaupun jalan agak licin dan beberapa bukit terpaksalah aku jadi "orang kuat" menolak CBP... nasib kelmarin aku dah tukar gear saiz 39 kat Bengkel Sujak... gagah jugak ler CBP tapi ada bunyi "ketek...ketek..." I don't know it... tapi selamber jer... mungkin rantai... tapi check ok jer...
Aku sampai ke "daerah terasing" tepat jam 1500. Alhamdullilah itu semua berkat doa-doa my mom, "seseorang", my family dan cecikgu kat sini dan keizinan dariNya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan