Sebenarnya entry ni Cikgu Saril buat malam Isnin baru ni… semata-mata nak kongsi cerita dengan semua…Cikgu Saril ambil alternative buat entry ni dalam Word… sebabnya, line kat sini problem sejak petang Isnin…
Pagi Isnin, macam biasalah kan ada “assembly”… mana-mana sekolah kat Malaysia ni semuanya sama… mesti ada “assembly”… perkara wajib dah…tak “membebel” memang tak sah dalam assembly kat sekolah…betol tak Kak G ???
Hari ni disebabkan masing-masing berdebar menunggu “JEMAAH NAZIR SEKOLAH” yang akan masuk pada bila-bila masa dalam minggu ni… aku terpaksa bertindak lebih awal dengan mengadakan “Mesyuarat Tergempar Kurikulum”…
Jam 1100am semua cikgu berada di meeting room… bau cat masih kuat dalam bilik meeting… apa tidaknya baru lepas siap cat… tapi ia tidak mengganggu perjalanan meeting… Kali ini hanya banyak kepada ingatan dan perkara yang perlu dikemaskinikan oleh semua jawatankuasa dalam Unit Kurikulum yang diterajui Cikgu Saril… bukan apa, belajar dari pengalaman tahun lepas…rase nak “terkucil” jugak menjawab soalan-soalan “pedas” dari Jemaah Nazir Persekutuan… terutama sekali soalan “cepu emas” dari Encik Norazam…puas gak nak terang…yang penting biarlah kita “straight to the point”… “NO BELIT-BELIT and KONA-KONA… banyak perkara berbangkit ditimbulkan… TQ pada semua yang hadir kecuali My GB dan BU…huhuhu… ke mana mereka “menghilang”…??? Hahaha…hanya kami yang tahu…
Habis saja meeting tergempar tur… “PENGIRAAN UNDI GURU POPULAR 2007” dibuat sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2007 yang diadakan hari esoknya…Selasa 17 Julai 2007…
Empat kaunter pengiraan kertas undian telah dibuka…Pengundian ni dibuat semata-mata mendekatkan lagi students sekolah ni lebih rapat lagi dengan cikgu-cikgu kat sekolah ni… bukan apa, ada cikgu yang tak mengajar kelas itu kadang-kadang students tak berapa nak rapat… dan supaya students terus menghargai dan sayangkan cikgu-cikgu kat sini…
Students akan beri markah 1 (guru yang paling dia suka) dikuti 2, 3….sehingga 12 (guru yang paling dia rasa tak “best”)… semua undi adalah rahsia… mesti korang pelik ??? kenapa bagi 1 kan ??? kalau dalam pilihanraya…calon yang dapat undi paling banyak akan menang…tapi sini…Cikgu yang dapat markah paling sikit (sebab banyak 1, 2, 3…dan seterusnya sampai 12…) akan bergelar “GURU PALING POPULAR”…kami memang suka buat pelik-pelik….hahaha…
Tapi students sekolah ni semunya kenal Cikgu Saril…apa taknyer… sokmo jadi “singa”… “Aauummm”… Satu pembaharuan dalam ucapan yang sedang dilaksanakan di sekolah ini dengan menyelitkan “WE LOVE YOU, SIR”… Idea ni nampak macam pelik dan “gatal”… (students popuan tahap 2 malu-malu nak ucap…tapi bila aku wat muka serius…walaupun dalam hati nak tergelak…diorang cakap jugak ler word tur…)tapi bagi aku cara ini ler untuk merapatkan lagi students… Kalau nak keluar waktu rehat dan nak balik sekolah ucapan tur bunyi macam ni …memula Ketua Kelas (biasanya lelaki…) akan ucap dalam Bahasa Melayu :
“Terima kasih, Cikgu”
“Selamat rehat, Cikgu”
dan kalau nak balik…
“Terima kasih, Cikgu”
“Selamat pulang, Cikgu” (nak balik sekolah ler…tapi ada jugak KK yang “gatal” mulut time rehat sebutnya…apa-apa jer la bebudak ni… pastu tergaru-garu kepala sebab silap… hehehe)
Kemudian diikuti ucapan dalam English oleh Penolong Ketua Kelas (PKK)… biasanya perempuan la…
“Thank you, Sir”
“Goodbye, Sir”
“We love you, sir”
Kalau sekolah luar, biasa KK jer yang ucap… pastu bebudak ni pakai kuar kelas “broommmm” macam tur jer…macam ler rumah diorang tur nak “lari”sangat… ini ler pengalaman aku praktikal di sebuah sekolah di Kuala Krai, Kelantan tahun 2003 dulu…ye lah…dulu Guru Pelatih…tak berani nak jadi “singa” ni…sekarang…nah ko…hari-hari jadi “singa”…kalau bebudak ni balik atau keluar rehat buat “broommm” macam tur… “mengaum ler bapak singa” ni…wakakaka…tapi xder ler hari-hari “singa” ni “mengaum”…ada masa-masa jugak…huhuhu…bertempat okey…
Esok hari guru peringkat sekolah…macam-macam acara dah kami atur…nak tau siapa “GURU PALING POPULAR 2007” dan “MURID PILIHAN GURU 2007” ??? haha… kena ler baca entry yang seterusnya… Tahun 2006, aku tewas kepada Cikgu Masri… eeehhh !!! dikira sebagai Guru Popular juga ler…walaupun NO. 2…hahaha…
5 ulasan:
Salam,
Cuba teka tahun ni Cikgu Saril dpt tmpt keberapa...jeng...jeng...jeng. Yg pasti mesti bukan no1...kalau x mesti dia dh umum, kan? Jangan marah..gurau.
salam fini...hehehe...tunggu entry malam ni k...nnt aril bagi tau ler ...wakakaka
salam,
besala masa essembly...dah rutin guru bertugas mesti selitkan bebel. eh cikgu lelaki kat hutan ni pun kuat membebel ke?
tapi la ni kan dah kurang la masa bebel tu sebab bos hadkan masa utk berucap. kalau bos bg lebih masa mesti jadik nyer... akak la ni dah malas nak bebel sgt dgn bdk2 ni sebab zmn bebel 2 dah 10 tahun berlalu. dah makin tua ni dah x kuasa bebel. lbh baik buat pendekatan peluk mrd atau tepuk bahu mrk. Sense of touching ni bagus gak diamalkan. tp bg guru lelaki payah la kan...takut dikatakan gangguan seksual lak...ayoor
eh camne keputusan? sape paling POP tahun ni? ntah2 cikgu pra tak? hidup cikgu pra. kalu kat sekolah akak cikgu pra ni hanya murid dia je yg undi. hahaha. sebab mrk x kenal guru lain sgt.
pasni boleh pakai undian sms lak. bebudak sekarang kecik² dah pakai handset. hehehe
salam cikgu,
sy terjumpe lak blog ni masa nak cari pasal etems. xtau camne jadi. lantas dibaca jugakla sedikit blog cikgu. sy rasa sungguh seronok bila buat undian untuk cikgu2 nih. skolah sy tahun lepas buat dan memang seronok. pastu masuk je kepala baru, terus dia kanselkan atas alasan xnak ada cikgu2 yg kecil hati x dpt anugerah populariti. kurang cerdik betul. hambar dan begitu biase sekali hari guru tahun ni. apa2 pun sy ucap selamat hari guru di bulan julai ni dan moga cikgu terus menjadi guru yg cemerlang gemilang dan terbilang. wasalam
Catat Ulasan