Episod kedua Cameron Highlands. Kami tiba di CH jam 1130 am. Sebelum check in hotel (budget hotel jer...RM60 semalaman) kami ke Cameron Valley...ladang teh.
Cikgu Pra dan Cikgu Sidi excited sangat...aku pun apa kurangnya...maklum ler, masing-masing 1st time pergi CH ni...uhuks.
Pekara yang harus diingatkan, jangan sekali-kali memetik daun teh tanpa kebenaran...tapi "baring" posing atas pokok teh digalakkan...tapi ingat..."Jangan tiru aksi kami"...wakaka
Lepas masing-masing posing sakan, kami pun check in hotel di tengah-tengah bandar Tanah Rata...nasib ada bilik.
Kami ambik bilik yang ada single dan double bed. Cikgu Saril tido single bed la...Cikgu Pra dan Cikgu Sidi dok katil besor...aku bagi penghormatan kat diorang...huhu...yang kelakornyer, Cikgu Sidi dok asyik nak tido. Kami pun "warning" Cikgu Sidi, "RC, kita datang CH ni bukan nak tido...ala macam lah tak biasa tido tempat sejuk. Titom pun sejuk apa ?" Tapi sejuk CH tak sama sejuknya di Titom. Di Titom sejuknya berbeza sangat...Kat CH sampai ke tulang rase sejuknya...ambik wuduk pun pakai air panas...huhu...
Kami kuar jam 1325 ke Masjid Tanah Rata untuk solat Jumaat. Jalan kaki jer...Masjid ni betul-betul dok berada atas puncak bukit...Masjid ni berbeza dengan masjid-masjid di Malaysia...mesti korang boleh teka kan ??? No air-cond dan kipas...dah pun nama CH...mestilah sejuk... Tapi kami kat staffroom ni, kul 11 pagi dah bukak kipas...huhu...nak-nak lagi bila ngajar dalam kelas...Cuaca sejuk dan berkabus, tapi panas...macamana aku nak explain kat korang ek...datang sini lah kalau nak rase...huhu
Balik dari solat Jumaat kami terus ke "Marrybrown"...Apa lagi, sebab lapar ler...takkan nak pergi melawat "Aunty Marry and Uncle Brown"...kata product Malaysia, tapi apasal nama "omputeh"...apa kata letak nama keMelayuan sikit...
Sejak dari GM, kami tak makan apa-apa lagi...minum air jer. Di CH ni, MB jadi pilihan kami...entahlah tak berani nak makan gerai-gerai kat CH...Tengahari tur aku makan "nasi lemak"...sedap jugak.

Habis makan, kami "round-round" jap dengan jalan kaki...supaya makanan tadi dapat di "proses" dengan cepat dengan menukarkan segalanya kepada bentuk "tenaga" bukan "lemak"...huhu
Singgah dan posing lagi kat Dataran Tanah Rata depan Terminal Bas CH yang macam baru siap...seni bina dia "ala-ala kolonial"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan