Hari ini aku nak cerita mengenai sejenis permainan/sukan yang terdapat di sekolah aku...setahu aku di daerah Lipis ini, sekolah aku merupakan sekolah yang pertama yang mempunyai kemudahan permainan ini...kami telah diperkenalkan semasa kami menyertai "Program Guru Pedalaman ke PSPN Pahang" pada Mac 2006 yang lalu. Mungkin...ramai antara kita mengetahui mengenai sukan Golf...tapi masih janggal mendengar "WOODBALL"...
Woodbal dimainkan dengan menggunakan "stick"/pemukul daripada kayu, bola juga kayu serta "gate" dia juga semuanya kayu...tengok sahaja pic yang aku sertakan ini...kecuali bendera sahaja kain...hehehe...
Untuk pakaian, lebih kurang macam orang main golf...tapi, sekiranya anda bukan seorang penyabar...baik hentikan ler nak main benda ni...biasanya ia mengambil masa di antara 1 hingga 2 jam atau lebih...bergantung kepada kepakaran dan tahap permainan seseorang...macam aku, masih "amatur"...pepaham jer ler...dan aku lak cepat naik bosan benda macam ni...boleh dimainkan pada bila-bila masa...nak malam pun boleh...tapi pastikan tahap keselamatan okey dan ada "sportlight"...
3 ulasan:
wah mcm best je game ni tapi tak popular sangat mcm lawn bowl yg semakin menjadi perhatian sejak sukom'98. dah lama ko jadi cikgu di pedalaman?
tahun ke-4 berada di pedalaman...sejak posting...terus dihantar ke sini...2 kali apply tukau...tpi tak dapat...akan cuba lagi buat kali ke-3
harap2 kali ke-3 ni...berjaya...TQ sudi melawat...
Woodball memang masih terlalu baru...dan aku sendiri pun cepat bosan...ka;lau lawn ball pun suka...kalau bowling lagi suke...
Kat mana nak carik kayu pemukul & bola dia? Kat kedai sukan ada jual ke? Nampak menarik jer game nih, boleh main ngan anak-anak.
Catat Ulasan