Jumaat di minggu ke-17 bagi sesi persekolahan tahun 2007…aku mulakan hari ini dengan penuh cerita…dari cerita lucu students Tahun 1 yang cuba bercakap Bahasa Melayu hinggalah aku di gigit lintah…
Pagi ini selepas habis kelas Tahun 3 bagi Bahasa Melayu…aku masuk pula ke Tahun 1 bagi Mathematics (ETeMS)…cakap English…tapi hari ini sebab tajuk “Addition 1 to 9” dah finish, aku pun buat ler aktiviti bercerita…tapi menyerapkan unsur-unsur "addition"…bukan menambah cerita karut marut ek…jangan salah paham…walaupun aku suka mengarut kalau dok mengadap YM…hehehehe…macam-macam cerita…Yang kuat bercerita...Bah Samree, Bah Da, Wak Penat, Wak Murni, Laimi dan Bah Eris...sampai ada yang ecxited nak cerita naik atas meja dan bersila...aiyoor...lucu pun ada bila bebudak ni nak bercakap Melayu…nak suruh "speaking"…haram tak reti…yang Melayu pun tonggang langgang…aku pun biarlah bebudak ni cerita…seronok gak…lepas gak tension dan geram aku time ngajor kelas BM tadi…
Hari ini balik ke kampung…semua cikgu keluar dari “daerah terasing” ini…Cikgu Saril, Cikgu Wan, Cikgu Pra, Cikgu Yie, Cikgu Pitri dan Cikgu Limi…jalan licin woo…malam semalam hujan lebat…tapi aku tido malam tadi haram tak sedar ape-ape pun…apa taknyer…sakit sangat kepala…sejak petang semalam lagi dah…beberapa kali CBP aku tergelincir…dengan brek belakangnya dah tak boleh nak brek langsung…so, just harap pada gear dan brek tangan jer ler bila nak turun bukit2 tinggi nak “mampus” tur…kali ni Cikgu Wan jadi “ketua konvoi”…biasernyer aku…sebab brek "KO" tur…aku bagi penghormatan pada dia dan Cikgu Limi dok depan aku…kiranya aku tengah-tengah…Cikgu Pra, Cikgu Pitri dan Cikgu Yie “follow we”…
Sampai di Jeram Tema…kami rehat kejap, aku pulak nak “terkucil”…kemudian, kami teruskan perjalanan hingga sampai di RPS Betau…ADN Cikgu Pitri kurang angin…”pump” la kejap…petang semalam dah bocor tiub motor dia…pagi tadi lepas solat subuh dia baru tukar tiub yang pancit tur…tayar dia dah “botak” sangat dah…Sampai di SK (kampung aku la…mana lagi…) tengok jam macam sempat nak solat Jumaat…bukak jer nak mandi…bukak seluar jeans la…(ha!!! pikir 18sx la tur)… jatuh ler “sesuatu”…aiyooor…LINTAH…!!! Time tur juga “automatic” badan aku jadi cam belon kain kat depan “kedai used car” meliuk-lintuk ditiup angin…rase geli geleman…eeee…..1st time kena macam ni…lintah tur dah kenyang…"perot buncit"…aku pun apa lagi…pijak ler dengan selipar mandi…terpancut darah merah pekat…eee….sekali lagi meloyakan tekak aku…nasib dia gigit tang betis…
Ok lah…cukup dulu ek…esok aku nak citer tentang Cikgu Baru…Siapa dia ??? Tunggu……ops…sebelum tur…TQ Shahril_Aley sebab ajak aku chat petang ni…dan Aie_Krtg…suruh ler boss Aie baiki computer tur…asyik hang jer…beli baru ler macam tur...hehehehe
6 ulasan:
Lintah??? ayoo.... Lariiiiiiiiii... Cikgu, sure dia dah kenyang kan? sgt dracula lintah tu..
adeh... sabo je lah cikgu...
cikgu saril penggeli ya.. hahaha
bab-bab benda lembik seprti lintah, pacat, cicak dan katak puru ( ala..katak lembik tur)...cikgu saril memang penggeli...eeee.....
ape la ko ni nama je cikgu ngajar kat pedalaman benda2 lembik mcm tu still lagi tak kebal lagi ke?
hahahaha.....saje je
susah gak klu nak klua g pekan tu ye...banyak dugaan & cabaran perlu ditempuh semata-mata nak klua kampung tu.....banyak pahala ko ;)
tq Aley...macam tahu-tahu jer aku suka kampung...ye ler..aku pun orang kampung...tapi tak suke bender2 yang lembik2...Aku Pengeli...TQ My Twin
Catat Ulasan