Selasa, 10 April 2007

MESYUARAT DAN GOTONG-ROYONG

PERISTIWA : MESYUARAT KURIKULUM 2/2007
TARIKH : 10 APRIL 2007
MASA : 11.15 PAGI - 12.40 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN GEMILANG

Bilik Gerakan Gemilang


AGENDA
1. Panatia Mata Pelajaran
2. Buku Rekod Mengajar
3. Pelaksanaan PJK & Pendidikan Seni
4. Sudut Mata Pelajaran
5. PPSMI
6. Pelaksanaan G26 Bahasa Melayu & Matematik
7. Kelas Pemulihan
8. Skim Baucar Tuisyen (SBT)

CADANGAN TERKINI (sebulat suara bersetuju)
1. Pengwujudan 2 bilik khas
> Bilik Pemulihan
> Bilik PPSMI (digabung dengan Makmal Sains)

Atas semua tu adalah agenda dan cadangan hasil daripada mesyuarat kali ke-2 unit kurikulum sekolah aku...aku sebagai Penyelaras Unit ni...alhamdullilah kehadiran guru 100% kecuali Guru Besar...kali ini banyak perkara berbangkit sebab masih kurang mantap walaupun telah dipersetujui dalam mesyuarat kali pertama iaitu pada 10 Januari 2007 yang lalu. Jadinya...apa yang pihak sekolah harapkan...ada tindakan segera daripada semua guru-guru. Habis mesyuarat aku balik rumah ready for solat Zuhur...then...ada kelas SBT...kali ini Bahasa Melayu...aku pulangkan semula karangan students...punya lah pakat gelak...bila aku suruh diorang baca kuat2 di depan kelas...apa taknyer ada yang tunggang langgang struktur ayatnya...tajuk simple jer ..."Buah-buahan Yang Aku Gemari"...sampai ada yang tulis buah yang tak pernah aku dengar selama ni..."Buah Putik" ??? Bila aku tanya semula...dia pulak pakat gelak..."Buah ape la yang kamu nak citer ni Bah Lumut? saya sendiri pun tak tahu" hehehehe...apa2 jer ler. Berehhh...kelas SBT, aku relax sambil layan YM...then kul 5 lepas solat Asar...semua guru gotong royong bersihkan stor perabut untuk diwujudkan "Kelas Pemulihan Khas"...esok akan buat tapisan semula "calon-calon" untuk ikuti kelas khas ni...calon2 ni berdasarkan Ujian Pengesanan Gerak Gempur Tahun 2 hingga 6 (G26). Selesai basuh perabut dan kelas, Makmal Sains pulak...bila dah ramai2 ni cepat sikit kerjanya selesai walaupun banyak borak...tapi tangan tetap jalan...hehehehe...apa2 pun thanks semua guru yang menjayakan gotong-royong tadi...Apa2 pun aku harap apa yang telah disepakati mesti ler ada tindakan susulan...supaya aku tak "berleter" lagi dalam "next meeting"...

Tiada ulasan: