Isnin, 30 April 2007

AIR OH AIR...

MasyaAllah...pagi ini aku terlewat...6.50 baru terjaga...sudah ler air tak ada lagi...terpaksa la aku mandi kat belakang umah...senja semalam kami tarik paip getah dengan Yatim...terus sambung dengan paip rumah Bah Pok...malam semalam kami masak,basuh pinggan dan ambil wuduk semuanya di sini...
Pagi ini buat pertama kalinya aku mandi sambil "disaksikan" oleh students aku...kebetulan dah pukul 7.00...time students datang ke sekolah...bebudak ni gelakkan aku...aku selamber jer...menayangkan body aku...hehehehe...

Jam 9.30 pagi baru ada air...tapi kami terpaksa buka paip belakang rumah supaya pasir-pasir halus keluar supaya tak tersumbat dan tidak ler kami menggunakan air yang berpasir...

Pernah suatu ketika dahulu tengah aku syok-syok "bersiram" sambil "berkaraoke lagu Pencinta Wanita"...pasir "menyerang"...tak bagi "signal" langsung...penuh satu kepala dan rambut aku dengan pasir...aiyoor...nasib dah ada air sekarang...terlepas "seksaan"...hehehehe...TQ Yatim tolong kami bertiga hari ni...

2 ulasan:

Irfan Haiqal, Dalili Safyya and Daliya Safeera berkata...

cobaan yer cikgu :) apa2 pun, all the best lah utk cikgu d pendalaman..

Unknown berkata...

thanks irfan dalili...cikgu dah biasa...4 tahun "bertapa" di sini...suatu tempoh yang panjang...tapi singkat bagi cikgu kerana ada misi yang masib belum tercapai...tapi...borang tukar tiap2 tahun isi...cuma belum ada rezeki agaknyer...hehehe