Hujan lebat lagi menjelang subuh...sebenarnya hujan sejak tengah malam...aku sedar dalam pukul 5.30 pagi...bila roomate aku Cikgu Pitri bangun...rupa-rupanya air hujan "timpa" dia...atap bocor betul-betul atas katil dia...mula-mula tur tak sedar lagi katanya..."aku sedar-sedar saja rasa sejuk...tarik selimut rasa basah...rupa-rupanya "ayak" hujan betul-betul timpa atas toto aku...habis basah",kata Cikgu Pitri...ketika itu aku masih lagi mengantuk...tepi katil aku pun ada bocor...tapi nasib baik tak kena air macam Cikgu Pitri...pagi-pagi lagi aku boleh buat lawak "camner aku nak turun (dari katil) ni, "banjir" ni....", kata-kata aku buat Cikgu Pitri tersengih...Ini pic katil aku...nak turun jer katil pagi tadi banyak air...tur yang tadah baldi hijau tur...
Pagi ini aku kelas jam 9.15 pagi...aku "mengubah lokasi" untuk P&P kali ini...mengajar BM di kantin...udara pun "fresh"...Tajuk masih sama iaitu "Konsonan Berganding"...sebetulnya, aku seakan-akan "lemah" nak mengajar hari ini sebab aku tak berapa sihat dan kurang tidur semalam...
Jam 11.00 pagi, Cikgu Pra dan Cikgu Limi adakan Mesyuarat Sukan Tahunan bagi bincangkan semula tarikh dan pembahagian hadiah serta aktiviti...Tarikh yang telah disepakati ialah 19 dan 20 Jun 2007 bagi menggantikan 09 dan 10 Mei 2007 kerana ramai cikgu akan keluar berkursus dan Penilaian P2 bagi UPSR...dan pada 12 Jun 2007 juga akan diadakan Pertandingan Futsal 5 Sebelah dan Bola Jaring Antara Rumah Sukan...nampaknya lepas ni sibuk dengan aktiviti sukan...next week dah kena start latihan rumah...aku Rumah Biru bersama Cikgu Yie...Last year aku rumah Hijau dengan Cikgu Yie jugak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan