Sabtu, 21 Julai 2007

KEBESARAN ILLAHI




"SubhanaAllah...Allah Maha Besar...Indah dan Mempesona"

Alhamdullilah...Dia memberi aku kesempatan untuk melihat dan menikmati semua ini

Mereka mungkin tidak berpeluang seperti aku

Seharusnya aku berkongsi bersama mereka di sini...

CUCI MATA

Kadang kala, hanya dengan pic mampu menceritakan segala pengkisahan yang ingin diceritakan... Jom Cuci Mata !!!

Aku bersyukur berada di sini yang damai dan tenang bagi aku... Alhamdullilah

Fikiran yang berserabut menjadi tenang

Kesakitan yang sering menjadi "duri" diubati dengan kedamaian

Khamis, 19 Julai 2007

1907 DALAM KENANGAN

Entry ni di type sambil diganggu oleh Cikgu Pra…hahaha…buang tebiat ler tur…dia hari ni lepas habis kelas tadi…asyik dok burn CD lagu…haha…nak jual kat pasar malam Lipis la tur…wakaka



Sebenarnya aku bukan nak citer pasal dia…hahaha… Aku nak citer pasal kelas aku yang dah janjikan pada korang… Kelas Math aku tetiap Rabu dan Khamis lepas rehat… 10.45 sampai 11.45 pagi… Selalunya aku lepas ajar bebudak ni dan tunggu diorang siapkan kerja yang aku berikan…aku akan ambil masa sikit buat “Deko Bersama Cikgu Saril”…hihihi



Deko minggu ni “Mathematics Corner”…Sebenarnya pic-pic kat bawah ni tak siap lagi...tapi rasenya akan tambah deko sikit-sikit… nak buat rumput-rumput kat bawah tulisan tur… entah ler… dalam kelas aku ni banyak unsur-unsur “kerumputan”… wakaka… kalau boleh aku nak letak permaidani colour hijau seluruh kelas… tapi pepaham jer la… bebudak ni… “poh palih” ler…suke buat sampah… geram aku kekadang… yang si popuannyer… punyer ler “liat” nak pegang penyapu… apa tidaknya… batang penyapu lagi tinggi dari diorang…wakaka… aku selalu buat “kerahan tenaga” students popuan tahun 6… dah kelas diorang sebelah tahun 1… aku pun cekup jer ler diorang… tapi ada masanya… aku yang kena pegang penyapu dan sapu sendiri…hahaha… itu bila datang time rajin aku jer dan aku memang tak boleh tengok kelas kotor dan sepah… mula la tak der mood nak mengajar nanti…



Bebudak siap kejer diorang… dok mengacau aku mengecat mural tur… semuanya kerumun aku… “lemas” aku kejap… “Aaa…achummm” …emr… macam-macam bau… biaser lah dah hari Khamis… tapi terpaksa “ditahan” jugak aroma yang menusuk tur…huhuhu



Aku pun berenti kejap “menyonteng” dan suruh diorang duduk tempat masing-masing sementara aku panggil ikut nama untuk baca ayat mathematics yang dah aku ajar hari ni dan gam worksheet dalam buku tulis diorang tur : 1 + 8 = 9 , 2 + 7 = 9, 3 + 6 = 9 dan 4 + 5 = 9 Alhamdullilah ramai yang “lulus” dan ada jugak yang “tersangkut”… biasa ler tur kan ???



Tetiba sementara nak menunggu Salina dan Bah Da siapkan kejer diorang… aku boleh termenung kejap… 1907… Tarikh yang tak boleh aku lupa… 4 tahun berlalu begitu saja akhirnya “mampos” macam tur jer… Macam Cikgu Sofi cakap… Kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum…motif Cikgu Sofi cakap… KUMBANG !!! Aku kumbang ke ??? Aku Putra la…wakaka… merepek pulak aku…

Rabu, 18 Julai 2007

LINE SATELITE PROBLEM

Sejak petang Isnin lepas...line internet kat scol problem sangat-sangat...hari semalam lagi ler teruk...biasanya router kat scol ni akan berkelip-kelip...tandanya takder line...tapi kali ni signal okey...cuma kuar "request timed out"...


Macam "tugasan" Cikgu Saril banyak yang perlukan internet... nak-nak lagi tengah tunggu email balasan dari PPD untuk maklumat Jemaah Nazir Sekolah yang kata nak mai minggu ni...tapi sampai ke hari ini masih belum ada maklumat. Ishh...macam ner ler ni...Buat entry ni pun dengan kejap-kejap line oke...kejap-kejap KO...wakaka...Maklumat terbaru diterima dari msg yang di hantar oleh Cikgu Sidi...Jemaah Nazir akan masuk pada 30 dan 31 akan datang...Fuhh !!! Lega kejap...mungkin sebab jalan teruk sangat...memang teruk sungguh jalan sekarang terutama jalan Pos Lenjang...yang sedang diperbaiki...licin bebenor...nampak gayanya aku macam malas jer nak kuar minggu ni lagi...huhu...


Sesambil buat entry ni...tengah attach file dan hantar email ke Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan sebenarnya... sebab line kejap2 problem, lambat ler nak siap... dah dekat 30 minit aku dok depan laptop ni ha lepas kelas tadi... Bosan punyer bosan tahap gaban ni... type la entry ni sementara siap email tur...hehe...apa orang kata "sambil menyelam minum air" ???


Hari ni aku sajer melukis mural dalam kelas...nanti aku akan citer pasal ni lebih lagi dalam entry yang akan datang... sesambil tunggu students Year 1 siapkan excercise mathematics diorang tur...aku ambil "pelaka" terus "main conteng-conteng" dinding bahagian dalam kat tepi kelas aku tur... buat sudut mathematics... bebudak aku ni pun dah boleh baca ayat matematik dalam bahasa inggeris...puas hati aku bila diorang dah boleh kuasai topic yang aku ajar...yang aku lukis mural tur pun pasal topic yang aku ajar tur ler...nanti aku snap pic tur dan publish dalam blog CDB ni..sementara tur kalau korang nak tengok kelas Cikgu Saril ni... ada entry dalam bulan April lepas... cuba ler jengok-jengok...hihihi...

Selasa, 17 Julai 2007

HARI GURU 2007 SKT

Entry malam ni khas untuk Sambutan Hari Guru 2007 peringkat sekolah...walaupun lambat kami tetap menyambutnya seperti sekolah di luar. Walaupun hanya sesama kami yang menyambutnya di sini, tanpa sokongan "pihak" lain...kami tetap gembira...alamak !!! macam sedih jer ayat aku ni...huhu...yang penting enjoy...




Pepagi lagi lepas assembly ringkas, cikgu-cikgu lawan bola sepak dengan students...students 13 orang dan team cikgu hanya 10 orang...aku sesambil snap pic sempat lagi menyepak bila bola sampai ke kaki aku...huhuhu...ada ler 3 kali aku sepak dan lontaran sekali ke dalam padang...kalau aku main sebagai "striker" utama karang...saper pulak nak snap pic-pic ni...hehehe...lagipun aku mengaku ler...tak ler berape reti nak main bola ni...macam-macam gelagat...terutama sekali Cikgu Pra yang menjadi "striker" utama...abis satu padang dia kejar bola...,Cikgu limi yang sampai tertiarap bila nak mengelecek students...Cikgu Pitri yang menjadi "goal keeper" sampai tertonggeng tangkap bola depan goal supaya tak bolos...dan yang lelain lagi ler macam-macam gelagat...Cikgu Marop pulak...sesuka hati jer pakai seluar track Cikgu Saril..dah ler size suar Cikgu Saril "L"...dia pulak "XL"...emr...nasib baik tak terkoyak time menyepak...kalau tak memang kami pakat gelak...dia pakai seluar aku pun sebelum game start kami dah pakat gelak sakan...wakakaka...keputusan penuh game tadi ialah 4 - 4...bebudak memang semangat...





Habis game, pertandingan mewarna bagi prasekolah, tahun 1 hingga 3 dijalankan di kantin sekolah...manakala serentak dengan itu bagi tahap 2 "indoor game" di kendalikan oleh cikgu kelas masing-masing...aku guru kelas tahun 1 kena handle pertandingan mewarna...macam-macam "peel" bebudak ni mewarna...lantak ler...janji diorang enjoy...memang kami di sini sentiasa berpegang pada konsep aktiviti ke arah "Just For Fun and Enjoy"





Selesai aktiviti mewarna dan "indoor game", pertandingan "Karaoke" antara guru bermula...Cikgu Saril sebagai peserta pertama...apa-apa pun Cikgu Saril "steady"...selamber dek jer nyanyi lagu "Romantis - Kumpulan Spring"...Markah untuk pertandingan ni...dengan undian "angkat tangan" oleh students...dapat gak 41 undian...sampai ke peserta ke-5, baru ler kedudukan aku digugat oleh Cikgu Romi dengan 55 undian...lepas tur lepas sorang-sorang pintas aku dengan Cikgu Romi...tapi yang peliknyer...Cikgu Limi...dapat 92 undian dari 135 students...hehehe..."kira macam Dafi" la kononnya...huhuhu...yang penting Cikgu Saril atasi Cikgu Pra dengan kelebihan 1 undian...dia dapat 40 jer...jangan jeles Cikgu Pra...dia nyanyi lagu "Oh Fatimah"...siap joget-joget sama students...yang syoknyer...semua students dan cecikgu sporting bangat...





Selesai acara karaoke...pertandingan "Raja dan Ratu Fesyen Surat Khabar"...aku bersama Cikgu Pitri sebagai pereka fesyen dengan modelnya...Fadzli dari Prasekolah...fesyen kami berkonsepkan "Futuristik Kemelayuan" dan menjadi JUARA dengan 45 undian...agaknya kemenangan kami ni sebab kami "change" muka Fadzli ni dengan muka "artis" ni kot...korang tengok jer la hasil fesyen cikgu-cikgu "jantan" kat sekolah ni...huhuhu...





Habis acara fesyen, terus buat penyampaian hadiah...dimulakan dengan penyampaian hadiah untuk "MURID PILIHAN GURU 2007"...pemilihan ni dibuat berdasarkan macam-macam kriteria...antaranya peningkatan akademik dan sahsiah yang baik...kalau korang nak tengok pic murid-murid tur...Cikgu Saril dah buat kat sebelah kanan tur..."just scroll mouse" jer...then, diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan...





Keputusan yang paling ditunggu-tunggu ialah "GURU POPULAR SKT 2007"... Keputusan seperti berikut :





GURU PALING POPULAR : Cikgu Pitri





No. 2 : Cikgu Sidi





No. 3 : Cikgu Saril





No. 4 : Cikgu Limi






No. 5 : Cikgu Yie






No. 6 : Cikgu Pra






No. 7 : Cikgu Irwan Shah






No. 8 : Cikgu Shomad






No. 9 : Cikgu Romi






No. 10 : Cikgu Marop






No. 11 : My GB






No. 12 : Cikgu Hemi






Haha...Cikgu Saril No. 3 tahun ni...jatuh satu anak tangga...2006 No. 2 belakang Cikgu Yie...apa kes...???





Segalanya selesai dengan diakhiri jamuan...cikgu-cikgu yang masak...bihun sup...tapi last-last...kuahnya takder...bihun pun kembang sebab kami biarkan masa masing-masing "lepaskan gian" karaoke...hehehe...tapi students memang puji ler..."Sedap...Cikgu !!! "















Isnin, 16 Julai 2007

MESYUARAT TERGEMPAR & PENGUNDIAN GURU POPULAR 2007

Sebenarnya entry ni Cikgu Saril buat malam Isnin baru ni… semata-mata nak kongsi cerita dengan semua…Cikgu Saril ambil alternative buat entry ni dalam Word… sebabnya, line kat sini problem sejak petang Isnin…

Pagi Isnin, macam biasalah kan ada “assembly”… mana-mana sekolah kat Malaysia ni semuanya sama… mesti ada “assembly”… perkara wajib dah…tak “membebel” memang tak sah dalam assembly kat sekolah…betol tak Kak G ???

Hari ni disebabkan masing-masing berdebar menunggu “JEMAAH NAZIR SEKOLAH” yang akan masuk pada bila-bila masa dalam minggu ni… aku terpaksa bertindak lebih awal dengan mengadakan “Mesyuarat Tergempar Kurikulum”…

Jam 1100am semua cikgu berada di meeting room… bau cat masih kuat dalam bilik meeting… apa tidaknya baru lepas siap cat… tapi ia tidak mengganggu perjalanan meeting… Kali ini hanya banyak kepada ingatan dan perkara yang perlu dikemaskinikan oleh semua jawatankuasa dalam Unit Kurikulum yang diterajui Cikgu Saril… bukan apa, belajar dari pengalaman tahun lepas…rase nak “terkucil” jugak menjawab soalan-soalan “pedas” dari Jemaah Nazir Persekutuan… terutama sekali soalan “cepu emas” dari Encik Norazam…puas gak nak terang…yang penting biarlah kita “straight to the point”… “NO BELIT-BELIT and KONA-KONA… banyak perkara berbangkit ditimbulkan… TQ pada semua yang hadir kecuali My GB dan BU…huhuhu… ke mana mereka “menghilang”…??? Hahaha…hanya kami yang tahu…

Habis saja meeting tergempar tur… “PENGIRAAN UNDI GURU POPULAR 2007” dibuat sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2007 yang diadakan hari esoknya…Selasa 17 Julai 2007…

Empat kaunter pengiraan kertas undian telah dibuka…Pengundian ni dibuat semata-mata mendekatkan lagi students sekolah ni lebih rapat lagi dengan cikgu-cikgu kat sekolah ni… bukan apa, ada cikgu yang tak mengajar kelas itu kadang-kadang students tak berapa nak rapat… dan supaya students terus menghargai dan sayangkan cikgu-cikgu kat sini…

Proses mengudi dibuat oleh semua students…jam 0900 tadi…ada jugak cikgu-cikgu yang cuba meraih undi…macam-macam taktik dibuatnya…huhuhu…


Students akan beri markah 1 (guru yang paling dia suka) dikuti 2, 3….sehingga 12 (guru yang paling dia rasa tak “best”)… semua undi adalah rahsia… mesti korang pelik ??? kenapa bagi 1 kan ??? kalau dalam pilihanraya…calon yang dapat undi paling banyak akan menang…tapi sini…Cikgu yang dapat markah paling sikit (sebab banyak 1, 2, 3…dan seterusnya sampai 12…) akan bergelar “GURU PALING POPULAR”…kami memang suka buat pelik-pelik….hahaha…



Tapi students sekolah ni semunya kenal Cikgu Saril…apa taknyer… sokmo jadi “singa”… “Aauummm”… Satu pembaharuan dalam ucapan yang sedang dilaksanakan di sekolah ini dengan menyelitkan “WE LOVE YOU, SIR”… Idea ni nampak macam pelik dan “gatal”… (students popuan tahap 2 malu-malu nak ucap…tapi bila aku wat muka serius…walaupun dalam hati nak tergelak…diorang cakap jugak ler word tur…)tapi bagi aku cara ini ler untuk merapatkan lagi students… Kalau nak keluar waktu rehat dan nak balik sekolah ucapan tur bunyi macam ni …memula Ketua Kelas (biasanya lelaki…) akan ucap dalam Bahasa Melayu :

“Terima kasih, Cikgu”
“Selamat rehat, Cikgu”

dan kalau nak balik…

“Terima kasih, Cikgu”
“Selamat pulang, Cikgu”
(nak balik sekolah ler…tapi ada jugak KK yang “gatal” mulut time rehat sebutnya…apa-apa jer la bebudak ni… pastu tergaru-garu kepala sebab silap… hehehe)

Kemudian diikuti ucapan dalam English oleh Penolong Ketua Kelas (PKK)… biasanya perempuan la…

“Thank you, Sir”
“Goodbye, Sir”
“We love you, sir”

Kalau sekolah luar, biasa KK jer yang ucap… pastu bebudak ni pakai kuar kelas “broommmm” macam tur jer…macam ler rumah diorang tur nak “lari”sangat… ini ler pengalaman aku praktikal di sebuah sekolah di Kuala Krai, Kelantan tahun 2003 dulu…ye lah…dulu Guru Pelatih…tak berani nak jadi “singa” ni…sekarang…nah ko…hari-hari jadi “singa”…kalau bebudak ni balik atau keluar rehat buat “broommm” macam tur… “mengaum ler bapak singa” ni…wakakaka…tapi xder ler hari-hari “singa” ni “mengaum”…ada masa-masa jugak…huhuhu…bertempat okey…

Esok hari guru peringkat sekolah…macam-macam acara dah kami atur…nak tau siapa “GURU PALING POPULAR 2007” dan “MURID PILIHAN GURU 2007” ??? haha… kena ler baca entry yang seterusnya… Tahun 2006, aku tewas kepada Cikgu Masri… eeehhh !!! dikira sebagai Guru Popular juga ler…walaupun NO. 2…hahaha…

Ahad, 15 Julai 2007

HUJAN

Baju baru jer siap basuh dan sidai...tengah syok tengok ulangan "Deko Bersama Eric"...hujan renyai-renyai...terus berubah menjadi lebat...memula malas nak angkat baju...teringat pulak kain pelekat yang dua helai aku basuh tur...emr, nanti nak solat kang tak berkain pelekat aku...tak biasa pakai seluar time solat...susah nak sujud...


Bosan sebenarnya...aku pun apa lagi kuarkan "Cik Nikon"...snap pic hujan...tur namanya "takder kejer" ...huhu... kejer ada sebenarnya, tapi aku nak rileks jap...petang-petang karang kalau rajin, aku buat ler...lagipun "weekend"...nasib aku "bujang trang tang tang"...kalau ada anak bini, mesti bising diorang... "Apa lah papa ni, cuti-cuti pun kejer jugak" (hahaha...berangan jer lebih aku ni...)

Teringat aku satu ketika time hujan...setahun yang lepas, aku bersama "E"...exGF aku...dok jalan-jalan di Kuantan beberapa hari... kebetulan kami bertemu dan berjanji ke sana setelah hampir setahun kami tak jumpa...Aku bertugas di Kuala Lipis...dia pulak mengajar di Johor...bertemu di Kuantan... Jauhkan...??? Tapi kerana "cinta"...aku sanggup apa saja...(tapi time tur je lah...tidak lagi sekarang...) "E" pulak kena mengiring students dia ada "tournament"... Cikgu-cikgu yang sama-sama dengan "E" pun asyik menyakat aku dengan dia...time pulak musim hujan...biasalah bulan 11 dan 12 kat pantai timur, pasti hujan...

Petang tur lepas habis bebudak dia lawan dengan team MSN Pahang kami ke Pantai Gelora,Kuantan... jalan-jalan sambil "berkaki ayam" main ombak, tak semena-mena hujan turun...basah kuyup kami dibuatnya...Aveo pulak jauh aku park...aiyoor... Emr, lari ler kami ke pondok kecik kat situ... nasib baik ler kami jumpa pondok tur... sementara nak tunggu hujan reda dan ke kereta... masing-masing senyap "seribu bahasa"... time tur kami ada sedikit "macam tak kena"...

Akhirnya selepas aku pulang dari Kuching, Sarawak (jalan-jalan "Cuti Malaysia" team Titom dan JPN Pahang sponser...sebagai "hadiah" pada warga SKT) Aku dan "E" bertemu buat kali terakhir dan "problem" besar time tur semakin meletup...memang "meletup" pun... kalah Erra-Hans Issac... Kini aku "lonely"... dengar-dengarnya dia bakal "bersama" dengan "orang yang membuat aku meletup"... dia pun mengaku... kisahnya... 1907 pasti mengingatkan memori aku dengan dia...bila aku melamar dia menjadi "suri di hati"... tapi kini tinggal kenangan...

Aku pasrah... mungkin ada hikmat disebaliknya... sekarang, kejer...kejer...kejer... lagi best... malas nak ingat-ingat dah... tapi mampu ke aku hadapi 1907 nanti...??? tinggak beberapa hari jer lagi...

Sabtu, 14 Julai 2007

AMBIK GAS DI KALA SENJA

Pagi tadi... aku siapkan kejer-kejer aku kat staffroom yang bertimbun tur... maklum ler... Jemaah Nazir Sekolah akan "menyerang" minggu depan... kena la kemas kini mana yang tak kemas lagi... sejak pagi tadi, aku update file PPSMI / ETeMS dan Pemulihan Khas...Sesambil tu...aku menunggu pekerja mengecat bagi habis dinding belakang meja komputer yang diorang tak abiskan 2 minggu lepas...itu pun lepas aku "komplen" kat En. Hasbu, kontraktor yang ambik tender ni...comot giler cat diorang buat...





Aku mintak maaf banyak-banyak kat Afendi_PTD dan Adifsha_KK Rompin... Cikgu Saril busy sangat pagi tadi...memang nak layan chat dengan korang, tapi apa boleh buatkan ??? Begitu jugak Cikgu Sharifudin_Slim River dan Cikgu Zul_Penang...sorry bebanyak...




Aku siapkan kejer sampai kul 1400pm...balik rumah terus mandi dan solat Zuhur. Rehat kejap sambil siapkan "Instrumen PPSMI" atas katil... aku bancuh Nescafe dan makan maggi goreng yang Cikgu Pra masak guna kayu api tengahari tur...ye lah...gaskan dah abis petang semalam...




Siap makan, aku tengok TV jap...drama kat TV1...lucu bebenor tajuknyer..."Bius dan Batang Pisang" ...mengisahkan seorang doktor diwasiatkan oleh ayahnya (seorang tok mudim) untuk "mengkhatankan" cucu sulungnya ikut cara tradisional...Tapi si doktor (ayah kepada cucu tok mudim) nak buat cara moden...emr...aku layan jer...




Habis citer, aku ke staffroom semula...siapkan kejer sikit lagi dan buat label untuk hadiah bagi Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 17 Julai 2007 ni...Hari guru ni beberapa kali terpaksa ditangguhkan sebab ramai cikgu kena kuar berkursus dan sekolah banyak aktiviti...18 dan 19 ni pun ramai jugak cikgu yang kena keluar meeting SPBT dan Peperiksaan...aiyoor, Nazir Sekolah pulak sibuk nak datang...My GB pulak "hilang" ke mana pun tak tau...




Akhirnya jam 1630pm, aku berjaya siapkan semua fail-fail tur...Cikgu Pra tanya aku, nak pergi ambik gas ke tak??? Cuaca oke petang ni...tapi dah dekat jam 1700 pm...aiyoor sempat ke nak turun ke Pos Lenjang tur...dah ler malam semalam dan subuh tadi hujan tak berenti-renti...emr...jangan menolak motor sudah ler...Aku pun bagi tau ler Cikgu Pra dan Cikgu Romy...pergi ambik gas lepas Asar...




Siap-siap mandi dan solat, aku start CBP dan pergi ikat tong gas kosong atas CBP...kesian CBP...aku alas dengan guni beras...supaya kulit seat CBP tak calar...baru tukar baru tur...hehehe...CAK Cikgu Romy pulak "semput"...masuk air agaknya...OA pinjam bawak barang catuan makanan basuh sampai enjin-enjin agaknya semalam...Aku pun suruhlah Cikgu Romy bawak CBP aku...lagipun aku letih nak bawak CBP...Tapi alih-alih aku jugak kena bawak CBT Cikgu Pra...dah ler "berat"... tong gas tak berat macam ni...(jangan marah yer Munger...huhuhu). Melelong-lelong aku bawak dia...dah ler kami ni kalau bercakap memang tak berenti...ada jer nak cakap...Atas CBT tur asyik gelak-gelak jer...Mana taknyer, aku boleh sampai nak dudok kat atas bakul CBT sebab seat kusyen CBT licin sangat...Cikgu Pra pulak sesedap dia jer "mengedepankan" badan dia... makin ke depan la aku... sampai seat CBT tur kalau naik 4 orang pun muat lagi....Tambah pulak "vokal" kami lagi kuat dari bunyi deruman CBT dan cengkerik dalam semak tur... Asyik "cong cheng cong cheng" jer kejernyer kami...Kat rumah, kat staffroom, dalam kelas, dok tengah makan, dok tengok tv, dok dalam keter...pendek kata, asyik "celoteh" jer mulut kami...time semayang, tido jer senyap...kekadang tengah-tengah mandi pun boleh borak-borak...aiyoor...




Sampai ler ke POS Lenjang...kami masih tak lagi berenti cakap... padan muka kami, Cikgu Romy tinggal kami time nak balik dari lepas ambik gas kat Kedai Bek Sitoi...1 tong gas 12kg Petronas tur...harganya RM25...biasalah dalam hutan...padan ler mahal...Janji ada gas...




Balik dari Kedai Bek Sitoi (Hasim...nama Melayu dia), Cikgu Pra pulak bawak CBT...aku dok kat belakang kali ni... dia kata, macam bawak beg galas dia jer...Nampak sangat aku ringan...aiyoor...nasi berpinggan-pinggan dah aku rase aku melantak...tak cukup nasi goreng, aku bedal pulak roti dan biskut 5 hingga 6 keping sama Nescafe atau Milo 3 in 1...ke mana ler pergi makanan yang aku melantak tur...huhuhu...agaknya semua masuk dalam "Bank Titom" kot...wakakaka...




Kami sampai di "daerah terasing" lebih kurang jam 1715pm...Cikgu Romy gelak-gelak jer kami lambat sampai...Dia pun tau dah sebab apa kami lambat macam "siput"... Apa taknyer... Tengah-tengah jalan tur, sempat lagi "berposing" dengan "Nikon" atas batu kat Simpang Pos Titom-Pos Lenjang... Kat atas batu tur baru tulis "SPG TITOM" ... Agaknya pekerja Indon yang tengah buat jambatan hala ke sekolah kami yang tulis... Satu lagi sebab kami lambat hala pergi turun bukit, hala nak naik ke sekolah ni kena "mendaki"...motiff...aku kena mendaki "Bukit Cincin"..."Bukit Bah Susuk" dan "Bukit Cheruwes" jalan kaki...makin besor ler betis aku ni... CBT tak berapa nak laju naik bukit... dan jalan pulak satu hal... kiri kanan semak dan gaung... kang tak pasal-pasal Cikgu Saril, Cikgu Pra dan CBT sekali... "berdesyummm" dan "terkebabooommm"... masuk gaung... saper nak menjawab ??? Nasib la aku ada "Takaful Ikhlas"...leh jugak claim dan menjamin masa depan bila aku "mampos"... Cikgu Pra ada ke ??? Aku tak pasti...Tanya Munger..."Cik Munger ye ke Cikgu Pra "Prudential Insurance" ??? Wah !!! Kayo Pokcik Pra tur...huhuhu...




Malam ni kami melantak "pasta and mushroom sauce serve with saute mushroom + black paper, potatoes wedges and clam" (entah...ni Cikgu pra yang sebut, aku tulis jer...hahaha) Emr...Lagi macam rehat tengahari balik sekolah semalam... Lepas tengok "Macam-macam Aznil" (ulangan minggu lepas) dan "Bintang Kecil TV9"... aku online... Ingat malas nak nak update... alih-alih 5 minit lagi nak masuk hari Ahad, 15/07/2007 aku pun masukkan ID dan password ke blog aku untuk start memblog... Hari ni aku dapat dua kawan BLOG baru... Kak G dan Matju2509